TAK PERLU TUNGGU GILIRAN UNTUK HAJI DAN BOLEH MENGULANG HAJI SEBANYAK YANG DIMAHUKAN TANPA POTONG GILIRAN ORANG LAIN.

Visa Furada ialah visa terus dari kedutaan Arab Saudi di Malaysia yang lazimnya untuk VIP dan VVIP juga kepada sesiapa sahaja yang disukai oleh Kerajaan Arab Saudi, termasuk anda sendiri yang membaca post ini hari ini. 

Rarecation Travel yang sepenuhnya dimiliki oleh badan kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP dan menjadi salah satu pihak yang sah menerima peruntukan VISA FURADA ini selain dari para menteri, kenamaan, Sultan-sultan dan YDP Agong. Setiap tahun, antara 1000 hingga ke 5000 jemaah berangkat menunaikan haji dengan visa ini. 

"JIKA TELAH ADA KEMAMPUAN PERGI, JANGAN TUNGGU TAHUN HADAPAN, BELUM TENTU KITA MASIH SIHAT DAN KITA MASIH MAMPU"
MENARIK? NAK PERGI DAFTAR PAKEJ TERUS SEKARANG? NANTI DULU, BACA LAGI HOTELNYA PULA ATAU DENGAR TESTIMONIAL JEMAAH YANG MENGIKUTI KAMI SEBELUM INI. 

PENYUSUNAN HOTEL YANG TERDEKAT DENGAN MASJID. SELESA URUSAN IBADAT DAN BAIK UNTUK YANG SUDAH BERUMUR DENGAN PILIHAN VIEW MASJID DAN KAABAH. 

DI MINA TAK PERLU BEREBUT 1 TANDAS DENGAN 300 ORANG , KITA TINGGAL DI APARTMENT / HOTEL YG SELESA DAN SANGAT DEKAT DENGAN TEMPAT MELONTAR. 

HOTEL AL SAFWAH MEKAH 
(50m dari Pintu Masjidilharam)

Tiada hotel lebih dekat dengan citarasa masakan Asia dan Malaysia selain dari Safwah. Penginapan terbaik pada musim haji dengan akses terus ke Masjidilharam dengan pilihan KAABAH VIEW!! Kita akan menetap di sini atas setaranya

ELAF GRAND ALMAJEEDI MADINAH
(10m dari Masjid Nabawi)

Bukan sekadar dekat, tapi ini jika tidur terlebih buas bergolek sahaja boleh sampai Masjid Nabawi. Lokasi terbaik di pintu 17 dan dekat untuk jemaah lelaki dan wanita. Kita akan menetap di hotel ini atau yang setara dengannya.

APARTMENT / HOTEL DI MINA

(Penginapan bukan dalam khemah di pinggir Mina sama ada di Aziziyah atau Shisha)

Semasa jemaah lain beratur menunggu giliran tandas selama 2 jam, kita selesa dalam apartment / hotel penginapan di pinggi Mina. Bukan sekadar selesa tetapi SANGAT DEKAT DENGAN TEMPAT MELONTAR sekitar 650m perjalanan ke Jamarat sementara 8km-12km jarak pergi balik antara khemah ke Jamarat. 

Katakan  TIDAK pada beratur di tandas sehingga dua jam  jika kita tinggal di apartment / hotel di pinggir Mina.

 
 
 
 

"PELUANG UNTUK MELAKSANAKAN HAJI IFRAD KERANA KEMASUKAN KITA DI KALANGAN PENERBANGAN TERAKHIR MUSIM HAJI TAHUN 1441H / 2020M"

 KURSUS MANASIK DAN MAQASID HAJI DISEDIAKAN DENGAN KEKERAPAN SEKITAR 2X SEBULAN.

Jangan risau tentang manasik kerana ibadat haji tidak sesukar mana. Tiada apa yang perlu dihafal kerana ibadatnya lebih kepada perbuatan dan menjaga pantang larang. Apa yang kami berikan ialah pengertian di sebalik manasik haji untuk kita jadikan bekalan membawa kehidupan selepas habis musim haji nanti.

ATURAN PERJALANAN YANG STRATEGIK 

MENGELAK TRAFIK BESAR BAGI

 KESELESAAN DALAM BERIBADAH 

 Strategi pergerakan  mengelak arus yang jarang dibuat oleh mana-mana pihak. Demi keselesaan ibadat dan membantu golongan kurang upaya

Kami tidak guna "baksis" (wang pelincir aka rasuah) untuk laluan lengang tetapi penstrukturan tarikh masuk Mekah kami adalah ketika jemaah berbondong-bondong meninggalkan Mekah TANPA MENJEJASKAN KEAFDHALAN IBADAT WALAU SEDIKITPUN. Untuk waktu melontar, kita hanya bersama 5% jemaah yang berangkat dari arah Barat berbanding 95% akan berangkat dari Timur.  5% INI JUGA BERJALAN KAKI HANYA 1.2KM PERGI BALIK MELONTAR BERBANDING JEMAAH LAIN SEJAUH SEHINGGA 14KM PERGI DAN BALIK DARI KHEMAH KE TEMPAT MELONTAR.  Bagaimana? Set terus temujanji dengan kami, nanti akan kami ceritakan dengan jelas. BUKAN MAGIK TAPI STRATEGIK!

 
 
 

SATU-SATUNYA SELAIN TABUNG HAJI, KUMPULAN JEMAAH YANG ADA

 TEAM MEDIK SENDIRI 

 Team Medik Fardhu Kifayah  dari kalangan doktor-doktor pakar dan doktor GP

Tidak sampai ke peringkat ada fasiliti hospital sendiri seperti pengelola haji negara tetapi cukup untuk sebarang kecemasan perubatan sebelum dibawa ke hospital swasta atau kerajaan (ditanggung oleh Rarecation menerusi medical card dan fasiliti perubatan kerajaan Arab Saudi).

 

Al-Fatihah untuk Tuan Haji Keliwon Phajar (dalam gambar) yang dirawat rapi oleh team medik dengan bantuan fasiliti perubatan di Arab Saudi sehingga beliau mampu bertahan mengerjakan haji sehingga tamat dan selamat kembali ke Malaysia. Beliau meninggal dunia selang sebulan selepas kembali ke tanahair.

FASILITI HOSPITAL DAN MEDICAL CARD

Rawatan di Hospital Swasta 24-jam dengan Medical Card Al Khairi Care.

Semua jemaah berhak mendapat fasiliti perubatan dari Hospital Kerajaan Arab Saudi cuma Rarecation berikan fasiliti tambahan untuk perubatan tanpa wang tunai terus ke hospital swasta hanya dengan medical card Al-Khairi. Antara fasiliti hospital swasta kami ialah seperti;

- Albayt Medical Centre (Menara Jam)

- Makkah Alawi Tunsi & Bros (Mekah)

- Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi Hospital (Madinah)

Servis termasuk PENERBANGAN KECEMASAN PULANG KE TANAHAIR atas faktor kesihatan, pergigian, kanser, ortopedik, fisioterapi, kecemasan, Ophthalmology dan banyak lagi. 

 

KONSEP HAJI KEKELUARGAAN.

KUMPULAN KECIL YANG SALING JAGA MENJAGA SEPERTI KELUARGA

Tahun ini kita ditawarkan 300 visa haji. Jika atas dasar untung, kami pasti ambil semuanya. Tapi kami hanya ambil 100 sahaja kerana kami mahu fokus kepada  QUALITY ENGAGEMENT  seperti sebuah keluarga.

Tonton video di atas, itu senario yang lazim dari kalangan jemaah kami. Kami terapkan semangat kekeluargaan dalam haji. Jangan claim haji kita bakal mabrur jika kita masih tidak mampu disusun dalam JEMAAH. Datang kita berasingan tetapi setiba di sana KITA SATU PASUKAN. Itulah rahsia bagaimana hubungan baik antara jemaah terjalin seperti keluarga sendiri. Warga emas yang kurang upaya juga tak risau kerusi rodanya tidak ada yang mendorong sepanjang ibadah haji ini berjalan. 

PENGELOLA HAJI IALAH  SYARIKAT TERKENAL DALAM PENGANJURAN TRAVEL KE SELURUH DUNIA  DAN SANGAT BERPENGALAMAN DI DALAM PASARAN MALAYSIA DAN SINGAPURA

Nama Syarikat Pengelola : Rarecation Travel Sdn Bhd
Modal Berbayar : RM1,000,000

Lesen : Kementerian Pelancongan Malaysia / MOTAC 8849 (IOTU) 

Pemegang Saham : 100% Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin

Ibu Pejabat : Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang Selangor, Selangor 
Cawangan : Rarecation Travel (S) Pte Ltd, 390 Vic St. Golden Landmark, Singapore 188061

NISBAH PETUGAS KEPADA JEMAAH 1:10 SEPERTI NISBAH PAKEJ VIP

Nisbah yang besar begini menjamin kualiti pelayanan yang terbaik. Itu baru nisbah petugas semasa di Mekah dan Madinah, belum lagi petugas yang standby 24 jam di ibupejabat untuk sebarang urusan belakang tabir

Rarecation Travel Sdn Bhd bukan syarikat yang baru tetapi telah menerajui satu gerakan tourism yang rare sehingga ke Antartika dan Arctic. Pengurusan professional dengan kekuatan lebih 100 orang tenaga kerja bukti kestabilan dan keseriusan kami dalam pengaturan haji yang professional.

Sebelum ada yang bertanya, Ya, kita beri sekali bag cover macam dalam gambar. Ada nama sendiri di setiap bag cover. Nama kecil di bahagian atas, di bahagian depan bag nama sebesar-besarnya sampai 1 batu pun dah nampak itu beg kita. Ini Baru RARE! 

 
 
 

Semua  petugas termasuk mutawif dan mutawifah pembimbing haji telah certified dan terlatih secara professional dalam fotografi dan video oleh Saiful Nang Academy of Professional.  Jangan risau, lihat sahaja gambar-gambar dalam galeri di bawah, ini semua bidikan untuk kenangan jemaah dari jari jemari petugas. 

PENGISIAN MELANGKAUI MANASIK HAJI TETAPI RARECATION  SATU-SATUNYA YANG MERUNGKAI MAQASID HAJI  ATAU MUDAHNYA, SAINS HAJI. 

APA ITU MAQASID HAJI? UNTUK KITA TAHU KENAPA WUKUF, MELONTAR, TAHALLUL, SAIE, TAWAF DAN SEMUA MANASIK IBADAT YANG KITA LAKUKAN DAN BAGAIMANA DENGAN MENGETAHUI ITU SEMUA, MABRUR BUKAN LAGI JADI SATU TEKA TEKI DAN ANGAN-ANGAN SEMATA-MATA, TETAPI SESUATU YANG BOLEH DIUSAHAKAN.

Kandungan maqasid haji ini merupakan hasil kajian dari Akademi Insan Prihatin dalam sebahagian kajian tentang sains agama dan ketamadunan manusia dengan rangkuman kajian melurut dari lebih 100,000 tahun dahulu sehingga ke hari ini. Kajian dianggotai oleh pelbagai golongan profesional, akademik, sejarah dan agamawan.

 

 TESTIMONIAL BEKAS JEMAAH HAJI RARECATION 

 
 

PAKEJ HAJI RARECATION 2020 / 1441H

25 JULAI - 16 OGOS (+- 23 hari)

PAKEJ QUAD (BILIK BEREMPAT)

RM63,850 seorang
FULL BOARD
 

PAKEJ TRIPLE (BILIK BERTIGA)

RM67,850 seorang
FULL BOARD

 

PAKEJ TWIN (BILIK BERDUA)

RM72,850 seorang
FULL BOARD

HAJI EXPRESS (14 HARI SAHAJA)

Dari RM63,850 

Pakej express biasanya adalah pakej VVIP bernilai tidak kurang RM150,000 tetapi kami ada cara untuk singkatkan perjalanan tanpa menambah perbelanjaan. Aturkan temujanji untuk kita jelaskan.

*Semua perancangan dan aturan yang dikemukakan di dalam laman ini boleh berubah mengikut aturan dan ketetapan akhir oleh pihak kerajaan Arab Saudi. 

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang Selangor, Selangor

+60172267533 (HajiTerusPergi2020)

saifulnang@rarecation.com

rarecation.com

RARECATION TRAVEL (S) PTE LTD

390 Victoria St. Golden Landmark #03-22
Singapore 188061
+65 87987736 
rarecation.sg

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

© 2020 Hakcipta Terpelihara Rarecation Travel Sdn Bhd